Thursday 14 March 2013

Macam2 fikir~

Semalam & harini aku terfikir macam2...






1. Terfikir..hidup ini hanya sementara..Bila aku fikir betapa banyaknya kerja kt dunia..betapa banyak masalah aku, betapa berat dugaan aku, tapi bila aku ingat MATI, aku rasa lega, sebabnya bila kita igt MATI, kita x bawak kerja, masalah & ujian kita bersama..Mungkin sebab tu, ada orang ada masalah, dia fikir bunuh diri itu penyelesai semua masalahnya...


TAPI...sebenarnya, yg patut kita fikirkan adalah AKHIRAT. Sebab kat AKHIRAT nanti adalah yang kekal abadi..Kat sana, bukan sementara macam kat dunia. Kat dunia boleh lega bila fikir mati, kat AKHIRAT? TAPI (tapi lagi..hehe) kat akhirat tu sebenarnya natijah dr kehidupan kita kt dunia. Sebab tu ada hadith tentang org yg bijak:

Disebut dalam satu hadis, Rasulullah SAW berkata “Al kayyisu (orang yang bijak/cerdik) ialah siapa yang menghisab dirinya dan beramal dengan untuk bekalan selepas mati Sedangkan al ‘aajizu (orang yang gagal) adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada (pemberian) Allah.” (Sunan Ibn Majah: 4260; Musnan Imam Ahmad: 124).

Dalam satu hadis yang lain disebutkan: “Aku bersama Rasulullah, kemudian datang seorang lelaki dari Ansar, memberi salam ke atas nabi SAW kemudian berkata: siapakah mukmin yang paling baik. Jawab nabi: yang paling bagus akhlaknya. Dia bertanya lagi: siapa pula yang paling cerdik? Nabi jawab: Mereka paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak” (Sunan Ibn Majah:4259)

Aku pernah terbaca ada yg kata watak kita di dunia adalah gambaran watak kita di akhirat nanti..Allah..Jadikan kami orang yang bijak yang sentiasa mengingati mati & membuat persediaan selepas itu~

2. MATI SYAHID....Terfikir, kenapa aku nak mati syahid? Sebabnya bagi aku, semua orang pasti mati.MATI memang sunnatullah, bila hidup pasti merasai mati..cuma yg membezakannya adalah cara kematian msg2. Ada orang mati kemalangan, sakit jantung, mati tiba2 ,mati kena bunuh, mati bunuh diri..mati katak..semua pun mati jugak, tapi mati yg terbaik adalah Mati Syahid..Andai aku boleh memilih cara kematian aku, aku nk mati dalam keadaan berwudu', dlm solat yg sgt khusyu' atau mati memperjuangkan agama Allah~InsyaAllah =)

No comments:

Post a Comment