Tuesday 19 March 2013

Ujian

Ujian @ test...

 Perkataan yang famous di kalangan pelajar. Xkira la pelajar sek ren, menengah, matrikulasi, or pelajar universiti... ujian semester, ujian bulanan, ujian akhir... Ujian pun famous di kalangan:
1) chef : Ujian rasa...
2) mekanik : ujian tayar..
3) pilot : ujian penerbangan..
4) penyelidik : ujian ketumpatan, kejituan..dll Macam2 lagila.


Tapi sebenarnya apa maksud ujian tu? Yang aku faham, ujian tu adalah satu cara utk kita tahu samada produk itu mencapai objektif yg kita sasarkan. Contohnya macam student, mereka adalah produk guru, objektif: nk tgk mereka ni faham tak pembelajaran di sekolah.
Chef: Produk = masakan objektif= sedap
Bila kat dunia ni, ada BANYYYAK.. ujian hidup.
Produk: Manusia Objektif: Mardhatillah (keredhaan Allah)



Cara ujian ni pelbagai.
 1)Mungkin diuji dgn kesusahan &kemiskinan, so antara cara utk dpt mardhatillah (bg pendapat aku yg naif &daif ni) : Bersyukur dgn apa yg dimiliki, bersabar dan teruskan usaha mencari rezeki yg halal, lawan hawa nafsu dan perkara yg Allah xsuka eg: mencuri, meragut dll.

2) Mungkin diuji dengan kekayaan & kesenangan, mungkin cr utk dpt mardhatillah (bg pendapat aku yg lg sekali naif &daif ni) : Bersyukur dgn apa yg dimiliki, sering bersedekah (kena igt hartatu bkn kita punya tp Allah yg punya), tawaduk, tidak menunjuk2, tidak ikut hawa nafsu beli barang entah apa2, x membazir dan tamak.

Yang pasti, tanpa ujian, hidup kita takkan bewarna-warni..







Friday 15 March 2013

Kereta~

Bila cerita pasal kereta, mesti ramai nak kereta mewah, cantik & mahal..Biasala kan...manusia, mmg xpernah puas dgn harta dunia...

TAPI(haha kat blog aku ni mmg bnyk TAPI)..sebenarnya beli kereta adalah liabiliti, dan bukan aset. Rumah pun,kalau beli secara hutang, bukan aset, tapi liabiliti. Kalau nak senang paham, liabiliti = brg yg buat duit keluar. aset= brg yg buat duit masuk. Definisi secara lebih kurang la...Lagi satu aku penah baca, kereta ni sgt cepat susut nilai. Pada hari kita memandu kereta baru ke rumah kita, nilainya dah susut sebanyak 22%.

Alhamdulillah, Allah kurniakan aku UMAR (kereta kancil tahun 2000) yang aku beli secondhand pada 2007. Masa birthday aku. UMAR ni xbanyak kerenah. Ada sekali je kena overhaul sbb masa tu aku buta kereta. Awal2 bwk kereta. Xtukar minyak hitam.So far dah dekat 6 tahun aku bersama UMAR. Aku bersyukur, kerana UMAR dah banyak berjasa bkn shj utk aku, tp utk kawan2 & insan yg terdekat dgn aku. Ayah selalu tanya, "xnk beli kereta baru?" Aku selalu jawab, "xpela yah, kancil tu elok lagi" Bukan xnak beli kereta baru, tapiaku ni jenis yg sentimental lagi setia, haha, aku akan terus bersama dgn UMAR selagi dia masih sihat & kuat..

Kalau aku diberi peluang utk beli kereta baru, byk benda yg akan aku ambilkira. Bukan setakat harga, penjimatan minyak, roadtax, gps ke, aku akan fikirkan juga, sejauh mana Allah redha utk aku memiliki kereta tersebut. Byk yg aku dgr, bila manusia memiliki kemewahan, ada rasa riak & takbur. Bkn semua, tp ramai.

Contoh 1 : " Eh, sedarlah diri, kau tu KANCIL je, ada hati nak potong aku yang MERCEDES ni.." Secara xsedar, beliau dah ada terasa bangga diri

Contoh 2 : "Dah tau kau tu KANCIL, ambil lane tepi sekali la.." Xsedar dah merendah2kan orang lain.. Bukan semuala kan yg mcm tu..peace no war~ With love,

Thursday 14 March 2013

Kritik & dikritik....



Apa khabar semua? Harap semuanya sihat2 di bawah lembayung rahmat Allah...

Semalam, ada seorang senior tegur aku. Senior ni mmg jauh lebih seniorla. Lebih lama hidup berbanding aku.Kalau dibanding usia, usia beliau lebih kurang 2 kali ganda la..

Dia tegur, dia kata,kereta aku bawak tu aku orang bagi ke? Aku jawab, " X la, saya beli sendiri, kenapa En?" "Oh, saya igt org bagi sebab xjaga baik pun?" kata En tu balik. Memula aku sentapla jugak, sbb aku jaga baik kot, bawak dia g polish, nanomist,servis, g cuci,beberapa minit sebelum en tu cakap mcmtu, aku baruje kemas2 bonet kereta, kl tgk dalam mmg kemas je aku rasa, cuma kereta aku tu secondhand, ms aku dpt mmg dh ada calar2, comot2..bila polishke,cucike, mmg xhilang...

TAPI...hehe..bila aku pandang di sudut yg positif, aku terfikir, mungkin ada betulnya jgk ckp en tu, mgkin aku alpa n lalai dlm tanggungjawab aku sbgi tuan punya kereta, sbb mgkin aku igt semuanya dh ok, tp ada yg terlepas pandang... Baiklah Umar (nama kereta aku),nanti ummi bawak Umar g mandi ye, and wat medical checkup~

Bila ada yg kritik kita, jgn cepat hot, fikir dulu, mgkin ada kebenarannya. Sebenarnya bila org kritik tu, kita yg bertuah sbb org tu bg kita point utk muhasabah. So kita bid apa yg dikritik tu. Improve kt situ. Everytime org kritik cntohnya kau ni gemukla, so kita improve jd kurus, Kau ni miskinla, kita improve jd kaya, Kau ni jahatla, kita improve jadi baik, InsyaAllah, kita akan jadi orang yg semakin hari semakin memperbaiki peribadi diri, semakin dekat dgn Allah, semakin Allah sayang~

Macam2 fikir~

Semalam & harini aku terfikir macam2...






1. Terfikir..hidup ini hanya sementara..Bila aku fikir betapa banyaknya kerja kt dunia..betapa banyak masalah aku, betapa berat dugaan aku, tapi bila aku ingat MATI, aku rasa lega, sebabnya bila kita igt MATI, kita x bawak kerja, masalah & ujian kita bersama..Mungkin sebab tu, ada orang ada masalah, dia fikir bunuh diri itu penyelesai semua masalahnya...


TAPI...sebenarnya, yg patut kita fikirkan adalah AKHIRAT. Sebab kat AKHIRAT nanti adalah yang kekal abadi..Kat sana, bukan sementara macam kat dunia. Kat dunia boleh lega bila fikir mati, kat AKHIRAT? TAPI (tapi lagi..hehe) kat akhirat tu sebenarnya natijah dr kehidupan kita kt dunia. Sebab tu ada hadith tentang org yg bijak:

Disebut dalam satu hadis, Rasulullah SAW berkata “Al kayyisu (orang yang bijak/cerdik) ialah siapa yang menghisab dirinya dan beramal dengan untuk bekalan selepas mati Sedangkan al ‘aajizu (orang yang gagal) adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada (pemberian) Allah.” (Sunan Ibn Majah: 4260; Musnan Imam Ahmad: 124).

Dalam satu hadis yang lain disebutkan: “Aku bersama Rasulullah, kemudian datang seorang lelaki dari Ansar, memberi salam ke atas nabi SAW kemudian berkata: siapakah mukmin yang paling baik. Jawab nabi: yang paling bagus akhlaknya. Dia bertanya lagi: siapa pula yang paling cerdik? Nabi jawab: Mereka paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak” (Sunan Ibn Majah:4259)

Aku pernah terbaca ada yg kata watak kita di dunia adalah gambaran watak kita di akhirat nanti..Allah..Jadikan kami orang yang bijak yang sentiasa mengingati mati & membuat persediaan selepas itu~

2. MATI SYAHID....Terfikir, kenapa aku nak mati syahid? Sebabnya bagi aku, semua orang pasti mati.MATI memang sunnatullah, bila hidup pasti merasai mati..cuma yg membezakannya adalah cara kematian msg2. Ada orang mati kemalangan, sakit jantung, mati tiba2 ,mati kena bunuh, mati bunuh diri..mati katak..semua pun mati jugak, tapi mati yg terbaik adalah Mati Syahid..Andai aku boleh memilih cara kematian aku, aku nk mati dalam keadaan berwudu', dlm solat yg sgt khusyu' atau mati memperjuangkan agama Allah~InsyaAllah =)

Tuesday 12 March 2013

C.I.N.T.A

Bismillahirrahmanirrahimm...
Alhamdulillah, segala puji bg Allah yg memberikan peluang utk aku menulis kali ini.. Kali ni nak update ttg CINTA. Hehe.. topik hangat buat muda mudi & remaja...







Dulu masa kecik aku selalu ingat CINTA ni utk kekasihje..betapa jahilnya aku waktu tu. Sempit betul cara berfikir. Sekarang ni aku sedar, cinta tu bkn khusus buat kekasih. Bahkan lebih luas. Cinta kepada pencipta (ALLAH), cinta ibu bapa, cinta harta benda, cinta makhluk...cinta punya kekuatan tersendiri..Maha Suci Allah yg menciptakan perasaan cinta ini agar manusia sentiasa berbuat baik sesama manusia, haiwan & makhluk lain, membuatkan manusia sering termotivasi..


Membuat manusia bangkit dari kegagalan.. Dulu Allah pernah mengujiku dgn ujian cinta..Ujian yg membuat aku fail selalu n selalu kena repeat sbb aku xpass. Aku pernah terjerumus ke alam couple. Astaghfirullah, ampunkan Aku ya Allah...Bila aku fikir2 balik betapa banyaknya dosa saat itu..


Cuba kira 24jam x 5 tahun = berapa saat? Andai setiap saat itu aku melebihkan cinta manusia dr cinta Allah...Huhuhu..xterkira banyaknya!!! Tapi aku belajar banyak perkara dari peristiwa itu.. Memang banyak aku belajar erti kehidupan..erti qada' & qadar...

Nak tau x kisah percintaan aku tu? Kalau nk tau...nantikan update ~Next post =)