Saturday 1 June 2013

Kongsi






Kongsi, dulu apa yang aku paham (masa aku kanak2) kalau kita berkongsi, ia akan jadi sedikit. Macam coklat. Bila dikongsi dua orang, sorang akan dapat separuh. Dari sebatang, dapat separuh. Ini pemahaman masa kecilla. Namun bila aku meningkat dewasa, barulah aku sedar, sebenarnya bila berkongsi, bukan menjadi sikit, malahan bertambah. Contohnya ilmu, kalau kita kongsi, mula2 kita tahu 1 sahaja, tp bila share dengan orang lain, org lain pun share, dia akan jadi lebih banyak berganda2. Macam aku taip blog ni, aku kongsi pengalaman aku, blogger2 lain share pengalaman masing2. Dari satu perkara je yang aku tahu, tp bila ramai yg share, makin bertambah2 yg aku tahu.




Derma @ sedekah pun sama. Bila kita sedekah, duit yang ada dlm poket kita tu, bkn kita punya. Tapi yg kita sedekahkan tula kita punya. Agak pening sikit, tapi itu realitinya. Contoh kita ada RM 100. Kita sedekahkan RM 10. RM 10 tu yg  berada dlm saham akhirat kita, tapi baki RM 90 lagi belum tentu kita punya. Mungkin restoran yang punya atau farmasi atau butik atau kedai buku atau apa2 je yg kita beli.

Mudah2an kalau Allah izinkan aku ada anak utk dididik, aku akan didik dengan sebaiknya agar tak jadi mcm aku yg byk silap paham dlm konsep2 seperti di atas =) Ameen

Di mana Dia di hatiku?

Sebuah buku Karya Bestari oleh Pahrol Mohd Juoi.
Aku suka baca buku ni, penuh makna yang tersirat. Banyak yang aku belajar, banyak yg buat aku terfikir. Antara yang aku dapat dari buku ni (catatan di bawah bukan dari buku, tp dari apa yg aku paham dr buku):

Kebanyakkan manusia selalu terubah objektif secara tak sedar. Contohnya objektif adalah untuk mencari redha Allah, dan Allah kurniakan pelbagai alat utk capai objektif tu. Rumah yg selesa agar selesa beribadah kpd ALLAH, kereta baru utk pergi menunaikan tanggungjawab-pergi kerja, pergi masjid dll.
 Tapi ramai yang tersasar, melihat objektif hanya kepada rumah yg besar, kereta yg mewah. Kira tak sampai kepada objektif sebenar. Contoh lain, mesin basuh digunakan utk membantu membasuh baju. Tapi orang dah xingat objektif nk basuh baju tu, org fikir nak kan mesin basuh canggih, besar, cantik. Lebih kurangla aku buat analogi.

Bukan setakat rumah, kereta, harta je sebagai alat. Anak, suami, isteri, mak, ayah keluarga pun adalah alat utk kita sampai kepada Allah. Alat utk kita gapai cinta Allah. Mudah2an aku pun tak terlupa matlamat sebenar aku di dunia ini..Ameen..


Persediaan sebelum bertemu Allah..






Setiap manusia yang Allah ciptakan, pasti akan bertemu denganNya. Bagi insan yang mencintaiNya, pasti tak sabar bertemu dengan pemilik hati dan seluruh yang ada di dunia ini.. Namun, kena ada persediaan yang sangat rapi utk tujuan itu. Kalau nak kahwin, ada persediaan nya, kalau nak dapat baby pun ada persediaan yg perlu di buat. Tapi kahwin & dpt baby xsemua org dpt merasa. Tapi mati, PASTI utk setiap yg hidup. Hidup adalah utk mati.

Bagi aku, ada dua perkara yang perlu aku perhatikan sebelum aku mati.
1) Urusan aku dengan Allah
2) Urusan aku dengan dunia (manusia, harta, dll)

Urusan aku dengan Allah





1) Solat aku, make sure the best, yang mana tertinggal, terkurang, kena ganti. Lagi aku ni perempuan, kalau aku period pukul 2.00p.m, tapi aku xsolat zohor lagi, aku kena qada' zohor sbb dah masuk waktu jam 1.18 p.m. Macam tu jugak bila dah habis period. Katakan dah kering jam 5.45 pm. Masih ada waktu utk solat asar. Kalau aku mandi wajib pukul 7malam, aku still kena qada'. Lagi pun solat ni yg first sekali diperhatikan. So kena teliti dgn solat ni. Make sure on time, terbaik & khusyuk.


2) Puasa aku, make sure, mana2 yang tertinggal, digantikan. Selalunya aku ganti immediately waktu Syawal, takut terlupa..And tambah dgn puasa2 sunat lain, mudah2an yg wajib tu diterima..




3) Haji. Aku punya giliran insyaAllah tahun 2020 ni. Aku daftar kat Tabung haji tahun 2007. Duit pun ada kumpul sikit2. Tapi andai aku pergi dulu, aku dah prepare dengan MAA Takaful. Kalau aku mati, MAA akan buat badal haji utk aku.

4) Amalan2 khusus yg lain, mcm zakat, dan bertaubat dari maksiat. Mudah2an Allah terima taubat aku.


Urusan aku dgn dunia
1) Bayar segala hutang piutang. Setakatni alhamdulillah, PTPTN dan kereta dah habis bayar. Cuma ada hutang aku dgn mak & nenek aku. Yang ni pun aku dh peruntukkan kt MAA takaful, ada bahagian utk dorang. InsyaAllah, lebih lagi dorg dapat dr yang aku hutang.

2) Urusan kematian, mcm kain kapan, liang lahad, upah mandi jenazah, van jenazah, dll. Yang ni aku dh peruntukkan dari MAA takaful utk khairat kematian sebanyak RM 2000. Mudah2an cukup utk itu & x membebankan keluarga aku.

3) Mohon maaf dan ampun dgn org yg aku pernah buat salah. Yang ni selalunya aku dah mnta maaf awal2. Tapi yg mana terlepas pandang, aku mohon maaf banyak2. Aku insan biasa, kadang2 terleka & tersakitkan hati orang tanpa sedar.

4) Mengembalikan hak2 yang telah lampau, yang mana aku terambil, aku pulangkan. yang mana aku xdpt pulangkan, mohon dihalalkan.


Banyak lagi persiapan yang aku kena buat. Ni antara yg aku terfikir shj. Mudah2an Allah beri ilham kepada aku utk persiapan yg lain. Jagalah hati, jangan kau kotori =)