Friday 15 March 2013

Kereta~

Bila cerita pasal kereta, mesti ramai nak kereta mewah, cantik & mahal..Biasala kan...manusia, mmg xpernah puas dgn harta dunia...

TAPI(haha kat blog aku ni mmg bnyk TAPI)..sebenarnya beli kereta adalah liabiliti, dan bukan aset. Rumah pun,kalau beli secara hutang, bukan aset, tapi liabiliti. Kalau nak senang paham, liabiliti = brg yg buat duit keluar. aset= brg yg buat duit masuk. Definisi secara lebih kurang la...Lagi satu aku penah baca, kereta ni sgt cepat susut nilai. Pada hari kita memandu kereta baru ke rumah kita, nilainya dah susut sebanyak 22%.

Alhamdulillah, Allah kurniakan aku UMAR (kereta kancil tahun 2000) yang aku beli secondhand pada 2007. Masa birthday aku. UMAR ni xbanyak kerenah. Ada sekali je kena overhaul sbb masa tu aku buta kereta. Awal2 bwk kereta. Xtukar minyak hitam.So far dah dekat 6 tahun aku bersama UMAR. Aku bersyukur, kerana UMAR dah banyak berjasa bkn shj utk aku, tp utk kawan2 & insan yg terdekat dgn aku. Ayah selalu tanya, "xnk beli kereta baru?" Aku selalu jawab, "xpela yah, kancil tu elok lagi" Bukan xnak beli kereta baru, tapiaku ni jenis yg sentimental lagi setia, haha, aku akan terus bersama dgn UMAR selagi dia masih sihat & kuat..

Kalau aku diberi peluang utk beli kereta baru, byk benda yg akan aku ambilkira. Bukan setakat harga, penjimatan minyak, roadtax, gps ke, aku akan fikirkan juga, sejauh mana Allah redha utk aku memiliki kereta tersebut. Byk yg aku dgr, bila manusia memiliki kemewahan, ada rasa riak & takbur. Bkn semua, tp ramai.

Contoh 1 : " Eh, sedarlah diri, kau tu KANCIL je, ada hati nak potong aku yang MERCEDES ni.." Secara xsedar, beliau dah ada terasa bangga diri

Contoh 2 : "Dah tau kau tu KANCIL, ambil lane tepi sekali la.." Xsedar dah merendah2kan orang lain.. Bukan semuala kan yg mcm tu..peace no war~ With love,

No comments:

Post a Comment