Saturday 1 June 2013

Kongsi






Kongsi, dulu apa yang aku paham (masa aku kanak2) kalau kita berkongsi, ia akan jadi sedikit. Macam coklat. Bila dikongsi dua orang, sorang akan dapat separuh. Dari sebatang, dapat separuh. Ini pemahaman masa kecilla. Namun bila aku meningkat dewasa, barulah aku sedar, sebenarnya bila berkongsi, bukan menjadi sikit, malahan bertambah. Contohnya ilmu, kalau kita kongsi, mula2 kita tahu 1 sahaja, tp bila share dengan orang lain, org lain pun share, dia akan jadi lebih banyak berganda2. Macam aku taip blog ni, aku kongsi pengalaman aku, blogger2 lain share pengalaman masing2. Dari satu perkara je yang aku tahu, tp bila ramai yg share, makin bertambah2 yg aku tahu.




Derma @ sedekah pun sama. Bila kita sedekah, duit yang ada dlm poket kita tu, bkn kita punya. Tapi yg kita sedekahkan tula kita punya. Agak pening sikit, tapi itu realitinya. Contoh kita ada RM 100. Kita sedekahkan RM 10. RM 10 tu yg  berada dlm saham akhirat kita, tapi baki RM 90 lagi belum tentu kita punya. Mungkin restoran yang punya atau farmasi atau butik atau kedai buku atau apa2 je yg kita beli.

Mudah2an kalau Allah izinkan aku ada anak utk dididik, aku akan didik dengan sebaiknya agar tak jadi mcm aku yg byk silap paham dlm konsep2 seperti di atas =) Ameen

No comments:

Post a Comment