Saturday 1 June 2013

Di mana Dia di hatiku?

Sebuah buku Karya Bestari oleh Pahrol Mohd Juoi.
Aku suka baca buku ni, penuh makna yang tersirat. Banyak yang aku belajar, banyak yg buat aku terfikir. Antara yang aku dapat dari buku ni (catatan di bawah bukan dari buku, tp dari apa yg aku paham dr buku):

Kebanyakkan manusia selalu terubah objektif secara tak sedar. Contohnya objektif adalah untuk mencari redha Allah, dan Allah kurniakan pelbagai alat utk capai objektif tu. Rumah yg selesa agar selesa beribadah kpd ALLAH, kereta baru utk pergi menunaikan tanggungjawab-pergi kerja, pergi masjid dll.
 Tapi ramai yang tersasar, melihat objektif hanya kepada rumah yg besar, kereta yg mewah. Kira tak sampai kepada objektif sebenar. Contoh lain, mesin basuh digunakan utk membantu membasuh baju. Tapi orang dah xingat objektif nk basuh baju tu, org fikir nak kan mesin basuh canggih, besar, cantik. Lebih kurangla aku buat analogi.

Bukan setakat rumah, kereta, harta je sebagai alat. Anak, suami, isteri, mak, ayah keluarga pun adalah alat utk kita sampai kepada Allah. Alat utk kita gapai cinta Allah. Mudah2an aku pun tak terlupa matlamat sebenar aku di dunia ini..Ameen..


No comments:

Post a Comment