Friday 31 May 2013

Cinta putus



 Dulu aku pernah couple. Masa lepas SPM, kat matrik. Sebelum tu aku mmg xpernah bercinta, xtaula macammana boleh tersangkut. Memang Allah bagi ujian kat aku time tu, tapi aku failed. Terpengaruh dgn cinta2 remaja ni. Mula2, aku buat istikharah tujuh hari berturut2. Aku mimpi, dlm mimpi tu, aku berada kat satu zaman, yang mana kat zaman tu semuanya tak berpakaian. Mcm zaman kehancuran la. Couple aku ni je yg berpakaian and selamatkan aku. So, aku pun terimalah dia berdasarkan mimpi aku tu..

Aku pun niatla couple utk:
1)nk elakkan dr dakyah org kristian yg menggunakan cinta utk tackle perempuan (time tu mmg popular isu ni)
2)aku niat utk kenal & kahwin

Sepanjang bercouple tu, banyak kali aku minta break (sbb rasa xselesa dgn dosa2 couple) tapi dia xboleh terima.Aku ni jenis xsuka buat org lain kecewa, aku pun slow2, aku akan cuba sampai dia boleh terima. Aku budget nak break tu utk sementara waktu, yela, kita dah kenal n dah rasa serasi, so kita break dulu, nanti dah ada kerjaya, dah mampu, silalah datang melamar. Macam tulah yg ada dibenakku waktu tu. Aku cuma xnak bergelumang dengan dosa2.

Hubungan kami mmg serius, dia pun dah jumpa mak ayah aku, kami pun dah buat planning, bila nak kahwin, apa planning lepas kahwin,siap ada proposal lagi...

Nak dijadikan cerita,dia ni selalu sangat sakit kepala, aku kesian dekat dia. Mula2 ingatkan migrain, lama2 aku search kat internet, mungkin ada kaitan dengan makhluk halus, aku pun cadangkan dia pergi buat rawatan kat satu pusat rawatan tu. Alhamdulillah, serasi. Dia dah x sakit2 dah. Kat sana pun ada belajar perubatan islam ni. Dia sangat berminat. Dia kata, dia pernah rasa betapa peritnya sakit tu, dia niat nak bantu orang lain juga.Tak dinafikan, dia memang sangat baik. Bila dah lama2, dia semakin seronok belajar. Kalau boleh, memang tiap2 malam dia ke sana. Aku pun seronok tengok dia gembira.

Satu hari dia ajak aku join kursus tu. Aku pun sebenarnya berminat juga nak belajar ttg perkarani. Dulu masa aku belajar, roomate aku pernah ada gangguan. Banyak kali juga. At least kalau terjadi kat ahli keluarga terdekat, aku boleh tolong sikit2.

Nak dijadikan cerita, dia ada amalkan solat hajat yg dibuat 40 hari berturut2. Dalam mimpi tu, dia mimpi aku kahwin dgn orang lain. So, dia nak putuskan hubungan dgn aku. Dia kata, inilah petunjuk yang dia dapat. Waktu tu, aku pulak yg mcm xboleh terima. Kan sebelumni aku byk kali nak break, dia yg xleh terima. Ni dia yg nak. Waktu tu mmg aku sedih sangat-sangat. Yela, hubungan kami ok je. Xda orang ketiga, n kami mmg jarang sangat2 bergaduh. Kami jenis yg open minded, dgr penjelasan, ada masalah bincang sama2, kurangkan bertindak ikut emosi. Lama jugakla aku nak terima time tu. Bayangkan la hubungan dah lebih 5 tahun, dekat 6 tahun. Xda salah apa2, bukan sbb org ketiga ke sebab apa, cuma sbb mimpi.


Last2 aku pun terima, tapi dalam fikiran aku, aku masih menaruh harapan lagi. Aku harap, kami break sementara, nanti masing2 dh established, kita kahwin. Rupanya sangkaan aku meleset sama sekali. Dia dah pun tahu siapa yg bakal jadi isterinya, iaitu anak kepada guru yg mengajar illmu perubatan tu, macam cerita ashraf muslim la pulak kan..Bakal isteri dia mmg muda la. Beza 5 tahun kot..Aku pun xtahu, tapi aku pernah la jumpa bakal isteri dia masa pergi kursus haritu, comella jugak, sesuailah dengan dia. Mungkin aku tak layak utk org baik mcm dia.

Sekarang dorg pun dah bertunang, tunggu masa je nak kahwin...Alhamdulillah, semoga berbahagialah hendaknya..aku pun redha dgn apa yg terjadi, banyak juga pengajaran yg aku peroleh dari pengalaman hidup ini. Aku jadi semakin positif dgn apa yg terjadi. Memang perit, mmg pedih, tp inlah yg membentuk diri kita. Dulu tekanan juga kat aku, nk beritahu family aku, yela, dia kan pernah jumpa family aku. Selalu sebenarnya sbb dia selalu dtg rumah aku. Tapi mujurla family xtanya macam2.

Kisah cinta ni sebenarnya rahsia. Kawan2 aku yang tahu tak sampai 3 orang. Aku memang perahsia. Kawan u aku tak sapa pun tahu kisahni. So bila aku ada prob n, mmg aku settle sorg2je. Ambil masa dlm 3 tahun juga utk aku mengutip balik serpihan hati yg pecah tu. Mudah2an Allah ampunkan dosa aku bercouple dulu. Sekarang aku cuba mencari cinta ALLAH, cinta yang sepatutnya bersemi dijiwa aku sejak dulu lagi. Cinta yang sepatutnya melibihi dari segala cinta di dunia ini..

Buat kawan2 @sesiapa yg pernah putus cinta, jgn tenggelam dgn rasa kecewa, sebaliknya bangkitla, perbaiki diri kamu utk jadi lebih baik. Ubahlah apa yg lemah, muhasabah diri kita. Pandang dari sudut yg positif, jangan pernah buruk sangka pada Allah. Kita tak tahu apa yg terjadi lepas ini. Mungkin keperitan dan kepedihan hidup itulah membuatkan kita lebih baik dari diri kita yg dulu.

Jangan pernah rasa nak bunuh diri ke apa, nyawa itu Allah yg beri pada kita, hanya Allah sahaja yg berhak tarik dari hdup kita. Jangan sia2kan. Itu adalah amanah dari Allah utk kita. Banyak lagi perkara yg mesti kita lakukan di dunia ini.Dunia ni sementara sahaja, kalau pun kita punya masalah yang tersangat berat, ia bersifat sementara.

Banyakkan berdoa agar hati kita sentiasa mengingatiNya, cinta kita hanya utkNya..belajar dari kesilapan, bertaubat dari semua kesalahan..Semoga Allah merahmati kita semua.....




No comments:

Post a Comment